Noviany, Noviany (2014) Phytochemcial Study on Sesbania grandiflora Roots and Synthesis of Selected Flavonoid precursors (Chalcone Derivatives). Universiti Sains Malaysia. (Unpublished)
|
Text
Ph.D-Degree-Novi.pdf Download (50kB) | Preview |
Abstract
Sesbania grandiflora, sejenis pokok setinggi 15 m, adalah tumbuhan ubatan tradisional yang telah dikutip dari daerah Lampung Selatan, Indonesia. Beberapa sebatian baru dan telah dikenal pasti disisihkan dari akar pokok ini. Semua sebatian tersebut dikenal pasti sebagai satu sebatian jenis terpenoid, asid betulinik (81), sepuluh flavonoid, malindonesianin A-C (82, 86, 88), xenognosin B (83), likuiritigenin (84), 7,2’,4’-trihidroksiisoflavon (85), demetilvestitol (87), vestitol (89), medikarpin (90), sativan (91), dan satu sebatian jenis biaril, l,l’-binaftalen-2,2’-diol (92). Tiga sebatian (82, 86, 88) dikenal pasti sebagai dimer isoflavonoid baru, manakala satu sebatian (92) dikenali sebagai sebatian semulajadi biaril baru. Kalkon merupakan pemula biosintetik penting disebabkan kepelbagaian aktiviti farmakologinya. Kajian ini bertujuan untuk mensintesis 28 terbitan baru kalkon, melalui penggabungan p-alkoksi asetofenon dengan benzaldehid, menggunakan alkilasi dan kondensasi Claisen-Schmidt dengan bes sebagai mangkin. Semua sebatian terbitan dicirikan dengan menggunakan IR, 1D NMR (1H dan 13C NMR), 2D NMR (COSY, HMQC, HMBC) dan spektrometri jisim. Semua sebatian semulajadi dan terbitan baru telah disaring secara in vitro bagi mengesan aktiviti antituberkulosis terhadap strain Mycobacterium tuberculosis. Di antara sebatian semulajadi, aktiviti antituberkulosis yang ketara terhadap Mycobacterium tuberculosis telah ditunjukkan oleh sebatian 92 dengan nilai MIC yang terendah iaitu 312.5 x 10-2 µg/mL, manakala antara sebatian terbitan tersebut, sebatian 5a, 5b, dan 5d menunjukkan aktiviti antimikrob yang amat baik dengan nilai MIC terendah iaitu 12.5 µg/mL.
Item Type: | Other |
---|---|
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Divisions: | Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA) > Prodi Kimia |
Depositing User: | Dr Noviany |
Date Deposited: | 10 Jan 2022 01:12 |
Last Modified: | 10 Jan 2022 01:12 |
URI: | http://repository.lppm.unila.ac.id/id/eprint/37760 |
Actions (login required)
View Item |